Salam..
Hye, harini nak citer skit psal RINDU..mood jiwang makin menghantui diri ini..hahaha..so terima jela..hormon rindu shu sedang memuncak kepada semua kesayangan saya..hope semua sehat dan happy sokmo :)
Sape2 mesti pernah mengalami perasaan Rindu. Rindu pd apa sahaja,mungkin pd seseorang, sesuatu benda ataupon pd situasi tertentu. Secara psikologi, ada 7 fakta paling menaik tentang seseorang yang sedang memendam rasa rindu.. chekedout!!
1) SEDIH
Perasaan yang sering dirasakan oleh seseorang yang sedang memendam rindu adalah sedih. Malah, pada keadaan ini boleh membuat seseorang tidak boleh melakukan segala aktiviti rutin mereka.
2) SENYUM SENDIRI
Seseorang yang sedang memendam rindu terhadap seseorang atau sesuatu hal, tanpa sedar boleh senyum sendiri. Kadang2, senyum tu juga diiringi dengan kata2 yg dilafazkan tanpa sedar(pastinya tentang seseorang atau sesuatu hal yang dirindukan itu)
3) MIMPI
Sebahagian ahli psikologi berpendapat, bahawa mimpi merupakan sebahagian kecil dari rutin yang sudah, sedang atau yg akan kita lakukan. Seringkali,oleh kerana perasaan rindu, rutin itu terbawa sampai alam mimpi. Lebih parah lagi, ada antara mimpi itu, akan datang hampir setiap saat dan berkesinambungan.
4) MENANGIS
Percaya atau tidak, perasaan rindu akan menguasai jiwa seseorang menjadi lebih murung. Akhirnya, seseorang yang kuat sekalipun, ketika sedang dalam situasi rindu yang parah mungkin akan menitiskan air mata.
5) BERCAKAP BUKAN-BUKAN
Ketika sedang mengalami rindu, seseorang sering terlanjur mengeluarkan kata-kata yang tidak seharusnya disampaikan. Itu kerana perasaan rindu akan membuat fungsi otak dan pancaindera menjadi kurang stabil. Sehingga, arahan dari otak sering tidak boleh diterjemahkan secara sempurna oleh deria kita.
6) EMOSIONAL
Fakta lain bagi seseorang yang sedang rindu adalah penurunan kadar kestabilan jiwanya. Keadaan itu membuat seseorang akan lebih mudah tenggelam dalam emosi yang tidak stabil dalam perbuatan atau fikiran.
7) HILANG NAFSU MAKAN
Fakta terakhir tentang seseorang yang sedang rindu biasanya akan mengalami penurunan nafsu makan, dan akibatnya, berat badan akan turun secara drastik.
Sekian,
Nota Tangan : Shu ambik fakta ni dari blog..menarik..cube perhatikan.betul ke x
orait...renung2kn... ;p
0 komenter:
Post a Comment