Sunday, November 21, 2010

Sy tak seperti semua..sy tak normal cm kamu kamu n kamu....

LOL ShuhadaWahab at Sunday, November 21, 2010


Apakah maksud “Ambliopia” atau “mata malas”?
Istilah ini digunakan untuk kekurangan tahap penglihatan yang tidak boleh dibetulkan walaupun mata kelihatan normal.

Penglihatan kanak-kanak mengalami perkembangan penuh pada umur 9-11 tahun. Sebelum ini mereka adalah dalam tahap “pembelajaran” di mana mereka boleh menyesuaikan diri kepada masalah penglihatan dengan mengenepikan atau menghiraukan imej yang kabur. Kalau masalah ini dikesan pada tahap yang awal, masalah boleh dibetulkan dan tahap ketajaman penglihatan boleh dipulihkan. Jikalau masalah ini tidak dibetulkan, lebih sukar untuk memulihkan tahap ketajaman penglihatan selepas perkembangan otak yang lengkap.

Penyebab- penyebab ambliopia termasuk:
mata juling katarak congenital, masalah kornea, kelopak mata kuyu, perbezaan besar di antara penglihatan dua mata, rabun dekat, jauh atau astigmatisma yang tidak dibetulkan. Ada beberapa peringkat ambliopia. Sesetengah pesakit mengalami kekurangan penglihatan mata separa; pesakit lain mengalami kekurangan penglihatan yang sangat teruk.

Mengapakah kita risau jikalau seseorang anak mengalami mata malas atau ambliopia?
Pesakit yang mengalami ambliopia akan mengalami penglihatan binokular yang terganggu. Ini bermakna seseorang akan mengalami masalah persepsi kedalaman dan jarak.

Bagaimanakah Ambliopia boleh dikesankan?
Biasanya kanak-kanak tidak akan mengadu mengenai masalah penglihatan terutamanya kalau mereka masih boleh melihat melalui satu mata. Pemeriksaan screening diperlukan untuk mengesan keadaan ini.

Bila ambliopia disyaki, pakar mata akan menguji tahap penglihatan, keselarian mata, pergerakan mata dan fusion ( kebolehan otak mencantum 2 imej kepada satu). Bahagian depan dan belakang mata juga akan diperiksakan untuk mengesan apa- apa penyakit.

Apakah rawatan untuk ambliopia?

Rawatan begantung kepada masalah yang menyebabkan ambliopia. Jikalau ianya disebabkan oleh rabun, perskripsi cermin mata akan diberi untuk membetulkan penglihatan. Kalau sebelah mata lebih lemah penglihatannya, oklusi mata akan dilakukan untuk mata yang lebih baik beberapa jam sehari untuk mengalakkan mata lemah itu digunakan lebih dan menghindari otak daripada membatalkan imej itu. Kalau penyakit katarak atau kelopak mata kuyu juga terlibat, pembedahan mungkin juga diperlukan. Tidak kira apa yang menyebabkan ambliopia ini, ianya sangat mustahak untuk rawatan diberi dengan segera supaya otak kanak-kanak boleh belajar cara yang betul untuk melihat benda..jika tiada rawatan yang sebaiknya individu mungkin akan mengalami buta kekal...

p/s : aku redha dgn ujianMU ini ya Allah..wallahualam..

0 komenter:

Post a Comment

 

ღCeRiTa KeHiDuPanღ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review