Tuesday, November 23, 2010

BerFOTOS...

LOL ShuhadaWahab at Tuesday, November 23, 2010 0 komenter





ha sowi lah yer..shu koyaaa(perasan lebih) skit kali ni..sbb teruja kot..sbb 1st time kamera profesional amik gmba shu..siap pose mcm2 lagi..die lah suruh..so agk canggung sbnrnyer..so gmba agk xok..

nape eyh leh jd tertangkap nyer gambar2 ni..ha sbb time dinner aritu..shu gi mekap kt kedai pengantin..untuk 5 org kena RM50 sorg..ok lah tu..mekap artis..kebetulan pas kteorg siap nk bertolak.dtg lah plak abg2 cameraman butik D'anggun(sume staf n tauke butik ni baik2 n sporting) i like...pastu si cameraman pujok kteorg tuk pose..sbb nk ltk gmba kami ber5 kt butik pengantin diorg..perhhhh..cuak plk..tp shu ikotkn jela..byk gak die tgkp..sbb kononnye die ckp shu sng pose..xsusah2 die ajr..cewahh betul ker???hahaha..dah2 jgn perasan laa cik shu yerr

tp gmba2 yg ade ni cume gmba hard copy..yg soft copy xde..sbb die bg free je kn..so amik jela..xnk byk soal lah..sbb tu gmba cm kabur..shu tgkp guna kamera jer..amik gmba melalui gmba..haha..pening2..diorg bg gmba 4 keping jer..yg len diorg xbagi..sdeyh2 sbb xdpt tgk gmba len..k la..smpai cni je shu merapu...lalalala~

SeLaMaT Hari PEnGORBANAN...

LOL ShuhadaWahab at Tuesday, November 23, 2010 0 komenter



Aci x bru nk post sal raya Haji..pending plak cik shu kita ni kn..neway Raya Haji kali was really fun..sbb shu mkn daging dgn kadar yg byk sekali..hahaa..gemok nnt bru pdn muka..

2nd raya shu gi kemaman(umah sedara belah ayh) ade wt ibadah Qurban di sne..byk shu mkn daging..cz i like it..pelik plk.sbb dlu shu paling xsuke daging..skrg suke sgt2..sbb tu dlu kering skrg berisi kot kn..

neway raya thun ni mmg beri erti pengorbanan pd diri shu..dan raya haji tahun ni genap lah 4 tahun shu mengenali dirinya..adakah shu perlukan 4 thun jga tuk lupakn die..nope..shu yakin shu boleyh..sbb Allah ade di samping shu utk tolong shu..amin...

Sunday, November 21, 2010

Sy tak seperti semua..sy tak normal cm kamu kamu n kamu....

LOL ShuhadaWahab at Sunday, November 21, 2010 0 komenter


Apakah maksud “Ambliopia” atau “mata malas”?
Istilah ini digunakan untuk kekurangan tahap penglihatan yang tidak boleh dibetulkan walaupun mata kelihatan normal.

Penglihatan kanak-kanak mengalami perkembangan penuh pada umur 9-11 tahun. Sebelum ini mereka adalah dalam tahap “pembelajaran” di mana mereka boleh menyesuaikan diri kepada masalah penglihatan dengan mengenepikan atau menghiraukan imej yang kabur. Kalau masalah ini dikesan pada tahap yang awal, masalah boleh dibetulkan dan tahap ketajaman penglihatan boleh dipulihkan. Jikalau masalah ini tidak dibetulkan, lebih sukar untuk memulihkan tahap ketajaman penglihatan selepas perkembangan otak yang lengkap.

Penyebab- penyebab ambliopia termasuk:
mata juling katarak congenital, masalah kornea, kelopak mata kuyu, perbezaan besar di antara penglihatan dua mata, rabun dekat, jauh atau astigmatisma yang tidak dibetulkan. Ada beberapa peringkat ambliopia. Sesetengah pesakit mengalami kekurangan penglihatan mata separa; pesakit lain mengalami kekurangan penglihatan yang sangat teruk.

Mengapakah kita risau jikalau seseorang anak mengalami mata malas atau ambliopia?
Pesakit yang mengalami ambliopia akan mengalami penglihatan binokular yang terganggu. Ini bermakna seseorang akan mengalami masalah persepsi kedalaman dan jarak.

Bagaimanakah Ambliopia boleh dikesankan?
Biasanya kanak-kanak tidak akan mengadu mengenai masalah penglihatan terutamanya kalau mereka masih boleh melihat melalui satu mata. Pemeriksaan screening diperlukan untuk mengesan keadaan ini.

Bila ambliopia disyaki, pakar mata akan menguji tahap penglihatan, keselarian mata, pergerakan mata dan fusion ( kebolehan otak mencantum 2 imej kepada satu). Bahagian depan dan belakang mata juga akan diperiksakan untuk mengesan apa- apa penyakit.

Apakah rawatan untuk ambliopia?

Rawatan begantung kepada masalah yang menyebabkan ambliopia. Jikalau ianya disebabkan oleh rabun, perskripsi cermin mata akan diberi untuk membetulkan penglihatan. Kalau sebelah mata lebih lemah penglihatannya, oklusi mata akan dilakukan untuk mata yang lebih baik beberapa jam sehari untuk mengalakkan mata lemah itu digunakan lebih dan menghindari otak daripada membatalkan imej itu. Kalau penyakit katarak atau kelopak mata kuyu juga terlibat, pembedahan mungkin juga diperlukan. Tidak kira apa yang menyebabkan ambliopia ini, ianya sangat mustahak untuk rawatan diberi dengan segera supaya otak kanak-kanak boleh belajar cara yang betul untuk melihat benda..jika tiada rawatan yang sebaiknya individu mungkin akan mengalami buta kekal...

p/s : aku redha dgn ujianMU ini ya Allah..wallahualam..

TAGGED FROM AZUN

LOL ShuhadaWahab at Sunday, November 21, 2010 1 komenter
yeayyyy dpt award lagi..i loike it..TQ azun yg cute..hehe

1. cahayaqaseyh@blogspot.com di mata kalian ??
Blog cik akak ni sgt2 cute ok..azun sgt sempoi dlm menulis setiap patah perkataan dlm post die..dats make her blog so interesting tuk dibace..well dun sis..(^_~)

2. nama blog anda & kenapa letak nama tu ??
Shu Life.sbb mmg blog ni berkaitan hidup shu & blablabla....

3. nama url blog anda & dari mana datangnya idea tu ??
www.misshoney88.blogspot.com..idea dtg time shu nga syok bercintan cintun dlu..honey tu name manja kot..lalalala

4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda ??
Kaedah???pe ke bende tuh..hahaa..kaedah suke ati kot..maen tulis je ape yg shu nk tulis..hehehe

5. apa perasaan anda bila lihat blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendahkan diri)
Biar lah..ni blog shu kn..xcntik pon xpe..yg penting shu puas ati dah..hmm ikhlas ni tow..hehe

6. bilakah blog anda diwujudkan ??
Jp nk igt balik..ermm bila eyh..19 FEBRUARI 2009

7. siapakah orang pertama yang tahu & menjadi pengikut/sahabat blog anda ??
xsure lahh..sowi xdpt jwb soaln ni..lalalaa

8. sila tag 5 nama lain untuk menerima anugerah tersebut & paskan syarat-syarat ini ??

Syeda
Eita
Miss Lolly
Nad
Sheeda

Thursday, November 11, 2010

BerSTUDY la sgt kn..

LOL ShuhadaWahab at Thursday, November 11, 2010 2 komenter





hahaha..dlm libry pon jd cik shu ni yer..siap posing2 bagai..haha..bowsan2 stdy ni la keje aku yer..yg tahap nk kene sepuk..lalalala

Wednesday, November 10, 2010

Peristiwa menyambut deepavali..hahahahaha

LOL ShuhadaWahab at Wednesday, November 10, 2010 0 komenter

dlm bas yg sgt "selesa"
dlm train

Smbut deepavali ker????haha..xde lah..aku actlly g kl tuk bbrp hari..tuk tgk abah sakit kt hospital..so the last day aku kt sne..aku nk jmpe dgn sorg kwn yg dah lame nk jmpe..die kwn pd bestfriends aku ira...name die zahidah zainal a.k.a ida..she so sweet..aku tdo umah die mlm tu..Tq to abg ayen sbb sudi anta shu smpai rawang dr serdang kot..hahaa..budimu abg adik igt tow..

Deepavali yg aku ckp tu sbnrnyer peristiwa aku blik dr umah ida ke rawang..ida yg anta..mula2 dr taman bunga raya kteorg naek bas ke rawang..nk2 plk ari cuti deepavali kn..kompem2 lah ramai org..mula2 xde org ag..pastu perhhhh mcm2 jenis dtg..i mean indians la..sgt rmai ok..dgn perfume semulajdi diorg sakit idung ok..hahaha..pastu dgn music xhenti2..sesak nafas aku kot selama 1jam..ha xpe2 pgalmn tu sume..pastu smpai rawang naek KTM ke serdang..ida jgk yg anta..sbb aku xbiase..hihi..neway Thanks sgt ida cz sudi bg shu bermlm n anta shu smpai KTM serdang..really appreciate it darl..

Saturday, November 6, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU SHU..(^_~)

LOL ShuhadaWahab at Saturday, November 06, 2010 2 komenter
Pd tarikh 3 november 2010 genap lah aku berusia 22 thun..mcm2 perkara berlaku sepnjg thun 2010 ni..makin mematangkan usia aku..skrg aku dah byk pglamn yg boleyh wt aku lebih berjaga2 pd mse dpn aku..AKU DAH decide NAK lupakn segala kisah duka aku..terutamanyer psal aku clash bbrpa bulan lalu..walopon kami clash cre xbaik..tp now kami dah clash cre baik,were friends n boleh jd 1family..marah sakit hati n semuanya nk aku lenyapkn sampai bila2..sbb sume tu buat aku makin menderita..lebih baik aku maafkn org..mane thu Allah bg blsn yg baik tuk aku nnt..biar lah aku derita skrg..kalo derita ni memberi pgajaran n akn menjanjikn kebhgiaan pd mse akn dtg..aku redha dgn sepenuh ati ni..abg,shu dah xde simpan ape2 mara n sakit ati pd abg lagi..harap abg bahgia dgn hidup abg skrg..shu doakn abg temui ape yg abg cari & forgive me 4 everything k abg..kpa sesiapa yg penah aku sakitkn ati..arap korang maafkn aku..skrg aku masih mencuba...bkn 100% aku dpt lupakn segalanya..aku arap semua ni cpt berlalu dr kepala otak aku ni..n paling penting aku arap aku temui MY true STAR 1day..hope menjadi kenyataan..aku xmow sdeyh2 lagi..

neway TQ pd yg sudi megucapkn besday.. n tq pada yg sudi meyambutnya..really apriate it..

Monday, November 1, 2010

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL...(^_~)

LOL ShuhadaWahab at Monday, November 01, 2010 2 komenter
By : Sadat Tahfiz

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di mana saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah. Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dan bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia..


HARAP SANGAT NASIB MENYEBELAHIKU SEPERTI WANITA ITU...

 

ღCeRiTa KeHiDuPanღ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review